Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Song Joong Ki timang anak lelaki di Itali

    Pada baru-baru ini, aktor hebat yang berasal dari Korea Selatan iaitu Song Joong Ki telah mengumumkan bahawa dia kini menimang cahaya mata lelaki.

    Berita tersebut disampaikan olehnya ketika berada di salah sebuah kafe milik peminatnya.
    Menerusi portal korean.news.naver.com, Song Jong ki baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Lo Ki-wan bertempat di Hungary dan pergi ke Filem Festival Cannes untuk memberikan penghormatan melalui filem Hwaran.

    “Saya masih mengalami hari yang menggembirakan sehingga saat festival filem terasa seperti mimpi,” kata Song Joong Ki ketika berada di sana.

    Tambahnya lagi, ketika itu Song Joong Ki tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak lelakinya itu. Kini Song Joong Ki berada di Rom, Itali, untuk bertemu dengan anak damitnya serta memilih Rom Itali sebagai tempat kelahiran kerana disitu merupakan kampung halaman isteri tercintanya.

    “Saya sangat gembira dapat bertemu isteri dan anak saya. Dia seorang anak damit yang sihat dan saya sangat gembira untuk menjaga keluarga saya dengan hati yang bersyukur,” kata Song Joong Ki.

    Katanya lagi, ini merupakan hadiah paling berharga yang diberikan kepadanya dan isteri. Impian terbesar Song Joong Ki adalah untuk mewujudkan keluarga bahagia sepanjang hidup.

    Dia juga berterima kasih kepada semua orang yang telah mendoakan kebahagiaan serta keberkatan hidupnya itu.

    Namun buat masa sekarang, nama anaknya masih lagi menjadi rahsia dan Song Joong Ki bakal mengumumkannya nanti. – Agensi

    Gambar pertama anak lelaki Song Joong Ki dan Katy Saunders yang selamat dilahirkan di Itali. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda