Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Song Mino didakwa suka ponteng semasa khidmat tentera

    Baru dua hari menamatkan perkhidmatan ketenteraan, anggota kumpulan Winner iaitu Song Mino didakwa sering mengelat sewaktu bertugas sebagai pegawai pusat khidmat masyarakat di Mapo, Seoul.

    Lebih mengejutkan, rekod kehadiran dan prestasi Mino didakwa telah dipalsukan oleh penyelia pusat terbabit dan penyanyi itu juga dikatakan sering ponteng tugasan dalam tempoh dua tahun berkenaan.

    Susulan itu, Balai Polis Mapo mengesahkan ada menerima laporan daripada orang awam untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

    Dalam aduan yang dikemukakan, Mino dituduh berkemungkinan mendapat layanan istimewa oleh penyelia pusat tersebut yang turut dikenali sebagai Encik L.

    Bukan itu sahaja, Encik L dipercayai bertanggungjawab menguruskan proses penempatan Mino di pusat tersebut atas alasan kesihatan malah berpakat memanipulasi syarat perkhidmatan Mino.

    Malah penyanyi itu dikatakan tidak menerima sebarang tindakan setiap kali mengabaikan tugasan mahupun melanggar peraturan berpakaian.

    Justeru itu, pengadu menyeru pihak polis menjalankan siasatan secara terperinci dengan memeriksa rekod kominikasi, transaksi kewangan serta data kehadiran penyanyi itu.

    Sebelum ini, Mino dilaporkan menamatkan perkhidmatan ketenteraan pada 23 Disember lalu namun penyanyi itu gagal melaporkan diri pada hari-hari terakhir kerana dipercayai berada di luar negara.

    Perkara itu mengundang kemarahan pegawai lain sehingga ada yang bertindak mendedahkan sikap sebenar penyanyi itu ketika bertugas di platform media sosial. – Agensi

    Mino dikatakan mendapat layan istimewa oleh penyelia pusat terbabit. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda