Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Soniia Cheah raih kemenangan mudah

    TOKYO, 27 JULAI – Penampilan sulung pemain perseorangan wanita Malaysia, Soniia Cheah di Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan sehari, selepas lawannya pada aksi pembukaan, Laura Sarosi dari Hungary menarik diri akibat kecederaan.

    Saingan Kumpulan N antara pemain nombor 35 dunia itu dengan Laura yang merupakan pemain ranking ke-74 dunia dijadualkan berlangsung pada 2 petang waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia) di Plaza Sukan Musashino Forest di sini hari ini.

    Penarikan diri itu disahkan oleh Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Nazifuddin Najib dan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann, ketika dihubungi.

    Walaupun menerima kemenangan mudah, Soniia perlu mencatatkan kemenangan ke atas pemain nombor enam dunia Ratchanok Intanon dari Thailand esok, untuk mara ke peringkat kalah mati.

    Sementara itu, pemain Hungary itu berkata beliau tidak dapat bertanding berdasarkan laporan perubatan, selepas mengalami kecederaan tendon Achilles ketika menentang Ratchanok pada Ahad yang menyaksikan beliau tewas 5-21, 10-21. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda