Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sony henti guna bungkusan plastik tahun depan

    TOKYO, 8 NOV – Sony akan menghentikan secara berperingkat-peringkat pembungkusan plastik untuk gajet elektronik kecil seperti telefon pintar, kamera dan aksesori audio mulai tahun depan, kata jurucakap syarikat hari ini.

    Mulai April, bungkusan plastik tidak akan digunakan untuk sesetengah produk baharu yang mempunyai berat satu kilogram atau kurang.

    Konglomerat Jepun itu mahu menghapus bahan daripada semua bekas atau kotak untuk produk lebih kecil yang baru direka menjelang 2025, beritahu jurucakap kepada AFP.

    “Sebaliknya, kami akan menggunakan kertas dan ‘bahan campuran asli’ yang dibuat daripada buluh, kertas terpakai dan serat tebu yang telah diperah,” katanya.

    Sony juga berhasrat membuang bungkusan plastik untuk produk lebih besar seperti televisyen, tetapi belum memutuskan jadual masa yang tetap.

    Sony telah mengumumkan pelan global jangka panjang yang menyasarkan ‘alam sekitar bersih’ sepanjang kitaran hayat produk dan aktiviti perniagaannya menjelang tahun 2050. – AFP

    Gambar fail bertarikh 31 Oktober 2022 menunjukkan seorang lelaki berjalan di depan logo Sony di luar ibu pejabat syarikat di Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...