Friday, December 20, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sony kembang portfolio dalam Kadokawa

    TOKYO, 19 DIS – Syarikat elektronik Jepun, Sony berkata hari ini ia telah membayar lebih AS$300 juta untuk 10 peratus kepentingan dalam konglomerat media di sebalik permainan amat popular ‘Elden Ring’.

    Kadokawa, yang terkenal dengan penghasilan anime dan penerbitan buku termasuk komik manga, berkata bulan lalu Sony telah mengadakan rundingan dengan firma itu, mendorong saham firma media itu melonjak.

    Hari ini mereka berkata dalam satu kenyataan bersama mereka telah menandata-ngani perjanjian modal strategik dan perikatan perniagaan.’

    Perjanjian baharu itu akan menyaksikan Sony membayar 50 bilion yen (AS$320 juta) untuk 12 juta saham Kadokawa baharu, menjadikannya pemegang saham terbesar syarikat itu.

    Pemindahan saham kepada Sony, yang telah pun memegang kepentingan dalam Kadokawa sejak 2021, akan berkuat kuasa pada 7 Januari.

    Permainan PlayStation Sony dipamerkan di kedai Best Buy di San Rafael, California pada 17 Disember 2024. – AFP

    Langkah itu akan mengembangkan portfolio permainan dan kartun Sony, selepas pembelian Crunchyroll pada 2021, laman perkongsian yang pernah berpangkalan di Amerika Syarikat yang kini menjadi gergasi penstriman untuk anime Jepun.

    Kadokawa dan Sony ‘telah bekerjasama dalam pelbagai projek, dan melalui modal dan pakatan perniagaan ini, berhasrat untuk mengukuhkan lagi kerjasama kami untuk memaksimumkan nilai IP kedua-dua syarikat secara global’, kata kenyataan itu.

    Kadokawa juga memiliki FromSoftware yang berpangkalan di Tokyo, pencipta permainan pengembaraan lakonan fantasi gelap ‘Elden Ring,’ yang dibangunkan dengan bantuan daripada pengarang Game of Thrones, George R.R. Martin.

    Sony berkata bulan lepas bahawa keuntungan bersihnya melonjak pada suku kedua hasil jualan yang lebih kukuh dalam permainan, muzik dan sensor pengimejan.

    Konsol PlayStation 5 Pronya mula dijual di kedai pada November, tetapi harganya yang mahal di Eropah telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda