Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Sony lancar peralatan permainan PC baharu

-

TOKYO, 29 JUN – Sony Jepun melancarkan jenama baharu yang akan menawarkan peralatan permainan komputer peribadi (PC), menurut syarikat itu kelmarin. Pelancaran tersebut bertujuan untuk menyaingi syarikat lain dalam mendapatkan bahagian pasaran peranti permainan yang menguntungkan.

Sony kini sedang berusaha untuk mengembangkan konsol PlayStation utamanya dan meningkatkan hasil daripada sektor lain, termasuk PC dan permainan mudah alih.

Sementara itu, pasaran perkakasan permainan bagi barangan yang digunakan oleh pemain dicatatkan bernilai AS$3.88 bilion di seluruh dunia pada 2019, menurut Grand View Research.

Tawaran pertama Sony daripada jenama Inzone baharunya ialah tiga set fon kepala tanpa wayar dan dua monitor. Peralatan tersebut dikatakan yang termahal setakat ini dan akan dijual pada harga yang dicadangkan iaitu AS$899.99 di Amerika Syarikat.

“Pasaran peralatan PC telah berkembang dengan minat yang lebih tinggi dalam permainan dengan penyebaran kejohanan eSport dan kemajuan hiburan permainan,” kata ketua pejabat perniagaan dan pemasaran permainan Sony, Yukihiro Kitajima, dalam satu kenyataan.

“Sony ‘sangat lewat’ menembusi sektor ‘yang sesak’,” kata Ketua Pegawai Eksekutif perundingan industri permainan Kantan Games, Serkan Toto.

Saingan Microsoft sudah berada di kedudukan yang baik, bersama-sama dengan pesaing seperti Razer, walaupun Sony akan membawa ciri perkakasan yang unik, katanya kepada AFP.

Menurut Toto lagi, keputusan firma itu untuk memasuki pasaran sekarang dikaitkan dengan rancangan agresifnya untuk meningkatkan jualan daripada PC dan mudah alih untuk unit PlayStationnya kepada sekitar 50 peratus menjelang fiskal 2025. – AFP

Sony memperkenalkan jenama Inzone baharunya iaitu tiga set kepala tanpa wayar dan dua biji monitor kelmarin. – Agensi
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -