TOKYO, 25 OGOS – PlayStation 5 berdepan dengan kenaikan harga di tengah-tengah kesukaran untuk mendapatkan permainan popular itu di seluruh dunia, kata syarikat pengeluar itu pada lewat Khamis.
Syarikat Sony Interactive Entertainment (SIE) telah mencadangkan kenaikkan harga runcit konsol di Eropah, United Kingdom (UK), Jepun, China, Australia, Mexico dan Kanada, kata pegawai tertinggi syarikat itu, Jim Ryan.
Walau bagaimanapun, pengguna daripada Amerika Syarikat (AS) tidak akan terjejas daripada kenaikan itu, kata Ryan tanpa memberikan sebarang penjelasan lanjut.
Kenaikan harga akan menyaksikan harga pasaran PS5 Digital Edition di Eropah pada harga 449.99 euro iaitu AS$450, naik daripada 399.99 euro.
Konsol yang sama akan dijual di UK pada harga 389.99 paun, naik daripada 359.99 pound, manakala di Jepun pada harga 49,478 yen, naik daripada 43,978 yen.
SIE memberikan penjelasan mengenai kenaikan harga tersebut adalah disebabkan oleh kadar inflasi global yang melambung tinggi serta aliran mata wang yang semakin teruk. – AFP