Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Sony sasar neutral karbon 2040

    TOKYO, 18 MEI – Syarikat gergasi Jepun Sony menetapkan tarikh akhir untuk mencapai keneutralan karbon lebih awal satu dekad hari ini, berkata kini ia sedang menyasarkan pelepasan sifar bersih di seluruh perniagaannya menjelang 2040.

    Firma elektronik dan hiburan itu berkata keputusan tersebut diambil ‘ketika risiko perubahan iklim menjadi semakin ketara dan serius di seluruh dunia, dan peralihan kepada masyarakat bebas karbon telah menjadi satu isu yang amat terdesak.’

    Penyokong iklim mengalu-alukan tindakan itu, tetapi timbulnya keraguan mengenai bagaimana Sony dapat mencapai matlamat tersebut – sama ada melabur dalam teknologi baharu yang menyingkirkan karbon daripada atmosfera arau menukarnya kepada sebatian yang kurang berbahaya.

    Sony berkata ia mahu kilangnya sendiri menjadi neutral karbon pada 2030, juga satu dekad lebih awal berbanding matlamat sebelumnya, dan merancang mencapainya dengan menambah penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan menjimatkan tenaga.

    Bagaimanapun, menghapus pelepasan daripada bidang ‘seperti produk, rantaian bekalan dan logistik’ dijangka dicapai sebahagiannya dengan melabur dalam firma baharu yang menumpu pada penyingkiran karbon dan projek yang menggalakkan penyerapan karbon daripada ekosistem.

    Pengumuman Sony ‘merupakan tanda-tanda positif di mana syarikat bersikap serius untuk menangani isu perubahan iklim’ tetapi kaedah penyingkiran berkenaan ‘masih belum terbukti dan tidak pasti sama ada ia boleh menyumbang kepada matlamat karbon neutral,” kata Eri Watanabe, pekempen kewangan kumpulan iklim Jepun 350 org.

    Jepun, yang amat bergantung pada bahan api fosil import, berhasrat menjadi neutral karbon pada 2050. Negara itu adalah pengeluar karbon keenam terbesar di dunia jika Kesatuan Eropah dianggap sebagai satu blok, menurut data Suruhanjaya Eropah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...