Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sony tingkat harga permainan video PlayStation 5 di AS

    SAN FRANCISCO, 21 OGOS – Sony kelmarin berkata ia menaikkan harga permainan video bagi konsol PlayStation 5 sebanyak AS$50 di Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang mencabar.

    Tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump menaikkan kos barangan yang dibawa masuk ke AS, menyebabkan syarikat seperti Sony Jepun membuat keputusan sama ada untuk menyampaikannya kepada pengguna.

    “Sama seperti kebanyakan perniagaan global, kami terus mengharungi persekitaran ekonomi yang mencabar,” kata Naib Presiden Pemasaran Global Sony Interactive Entertainment, Isabelle Tomatis dalam satu catatan.

    Selepas pada mulanya diancam dengan kenaikan 25 peratus, Jepun merundingkan tarif 15 peratus dengan pentadbiran Trump.

    “Akibatnya, kami telah membuat keputusan yang sukar untuk menaikkan harga runcit yang disyorkan untuk konsol PlayStation 5 di AS.”

    Harga baharu untuk PS5 ialah AS$550, dengan ‘Edisi Digital’ berharga AS$500 dan versi Pro untuk AS$750, menurut Tomatis.

    Pada Mei lalu, Sony memberi amaran bahawa ia sedang mempertimbangkan untuk mengubah harga di AS, menganggarkan bahawa tarif boleh meningkatkan kos syarikat kira-kira AS$680 juta pada tahun fiskal. – AFP

    Gambar fail bertarikh 22 Jun 2023 menunjukkan versi terkini francais permainan video Final Fantasy, yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Square Enix, di kedai PlayStation di Seoul. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda