Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Soo Wincci sambut TBC di Sepanyol

    PENYANYI dan pelakon, Dr Soo Wincci mengakui terkilan tidak dapat pulang menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) yang diraikan bersama keluarganya di Malaysia.

    Wincci yang kini sedang menyambung pengajian dalam bidang muzik di Berklee Music of College, Sepanyol semenjak Julai lalu mengakui terikat dengan jadual yang padat di sana.

    Atas sebab itu, dia tidak dapat pulang ke Malaysia untuk meraikan tahun baharu bersama kedua ibu bapanya sebagaimana kemestiannya sebelum ini.

    “Kalau ikutkan memang sedih tak dapat raikan tahun baharu dengan ibu bapa, tetapi pada zaman teknologi serba canggih sekarang ini kerinduan itu dapat diubati dengan pelbagai cara.

    “Walaupun jauh, tetapi kami sentiasa berhubung untuk berkongsi perkembangan terkini masing-masing.

    Soo Wincci akui rindu untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga tatkala dirinya hanya menyambut di Sepanyol pada tahun ini.

    “Boleh telefon saja pada bila-bila masa, ataupun WhatsApp untuk bertanya khabar kerana jarak bukan lagi alasan untuk kita tidak berhubung,” ujarnya.

    Wincci bagaimanapun menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai keluarga yang begitu memahami minat dan impiannya selama ini.

    “Ini bukan kali pertama saya tidak dapat sambut tahun baharu bersama, tetapi mereka faham saya terikat dengan pelajaran dan kerjaya di sini.

    “Sejak dari dulu, kedua ibu bapa tahu saya seorang yang begitu  komited dengan kerjaya dan impian saya.

    “Jadi mereka sentiasa menyokong apa yang saya lakukan dan memberi ruang untuk mengajar apa yang saya mahukan,” katanya.

    Ditanya apakah yang paling dirindukannya saat ini, kata Wincci, semestinya momen bersama keluarga dan masakan ibunya yang sering bermain di fikiran.

    “Paling rindu mestilah ketika dapat meluangkan masa menyambut tahun baharu bersama keluarga dan berkumpul ramai-ramai melakukan bermacam-macam aktiviti.

    “Saya sentiasa teringat masakan ibu kerana semenjak kecil lagi, masakan memang sering menjadi agenda utama kami sekeluarga terutamanya pada musim perayaan begini.

    “Bila makin dewasa, peluang sebegitu sangat jarang diperoleh. Apatah lagi saya kini sering sibuk dengan urusan kerjaya ke sana sini membuatkan masa sangat terhad untuk bersama selalu,” luahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda