Sunday, April 13, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Soon Huat-Shevon dikejutkan di suku akhir

    KUALA LUMPUR, 11 APRIL – Beregu campuran profesional Malaysia, Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie gagal melepasi halangan untuk ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China hari ini.

    Pasangan suami isteri yang juga pilihan ketiga kejohanan itu dikejutkan dengan kekalahan straight set di suku akhir kepada pasangan kedudukan ke-25 dunia dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu 15-21, 11-21.

    Ia merupakan pertemuan sulung membabitkan kedua-dua beregu.

    Malaysia bagaimanapun masih mempunyai wakil dalam kejohanan itu bagi acara beregu lelaki, masing-masing Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Aaron Chia-Sooh Wooi Yik yang akan turun beraksi malam ini.

    Sze Fei-Nur Izzuddin dijadual menentang pasangan tuan rumah Chen Bo Yang-Liu Yi bagi perebutan tempat ke separuh akhir. Sementara, Aaron-Wooi Yik berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto. – Bernama

    Goh Soon Huat (kiri) dan Shevon Lai Jemie, beraksi semasa perlawanan suku akhir beregu campuran menentang pasangan Indonesia, Jafar Hidayatullah dan Felisha Pasaribu, pada Kejohanan Badminton Asia di Ningbo, wilayah Zhejiang di timur China, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda