Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Soon Huat-Shevon raih gelaran Masters Malaysia

    KUALA LUMPUR, 26 MEI – Beregu campuran profesional Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai meraih kegembiraan berganda, apabila meraih gelaran kejohanan Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena, hari ini.

    Pasangan suami isteri di kedudukan ranking ke-18 dunia itu, meraih hadiah perkahwinan seperti diidamkan untuk muncul juara dengan menewaskan pilihan ketiga dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19, dalam masa 48 minit.

    Kejayaan itu turut menyaksikan Soon Huat-Shevon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 4 Mei, menamatkan kemarau tujuh Masters Malaysia untuk wakil Malaysia meraih gelaran kejohanan Super 500 itu.

    Kali terakhir wakil Malaysia muncul juara Master Malaysia ialah Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing pada edisi 2017.

    Kejohanan itu tidak diadakan pada 2021 kerana pandemik COVID-19.

    Soon Huat-Shevon yang terlepas gelaran Masters Malaysia pada 2017 selepas tewas 17-21, 9-21 kepada Kiang Meng-Pei Jing pada final, berkata mereka akhirnya berjaya merealisasikan impian selama ini untuk muncul juara di laman sendiri. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda