Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Sebagai langkah berjaga-jaga dan bersama-sama membendung wabak COVID-19, Jabatan Bandaran telah mengambil langkah proaktif dengan mengetatkan SOP bagi para pengunjung yang ingin melakukan aktiviti riadah di Taman Rekreasi Tasek Lama.
Jabatan berkenaan telah meletakkan kod QR dan papan tanda mengenai penjarakan sosial di laluan masuk ke taman rekreasi tersebut.
Jumlah kemasukan pengunjung tidak dihadkan namun bagi mereka yang datang secara berkumpulan perlu mematuhi arahan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu atau dua meter.
Selain Taman Riadah Tasek Lama, papan-papan tanda dan kod QR BruHealth juga disediakan di Taman Jubli, Bandar Seri Begawan.
Sehubungan itu, orang ramai digesa supaya memberikan kerjasama untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 apabila mengamalkan aktiviti bersukan.