Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    SOP kemasukan sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam

    SONGKHLA, 27 MAC – Pembukaan semula dua pintu sempadan darat Thailand-Malaysia pada 1 April akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelancong serta penduduk tempatan sentiasa terpelihara.

    Timbalan Gobenor Wilayah Songkhla Amphon Pongsuwan berkata bermula 1 April, dua pintu sempadan Sadao (wilayah Songkhla)-Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Wang Prachan (Satun)-Wang Kelian (Perlis) akan dibuka semula kepada pelancong yang lengkap vaksin COVID. 

    Beliau berkata semua pelancong yang bakal memasuki melalui pintu sempadan darat di bawah program ‘Test & Go’ perlu memohon – ‘Pas Thailand’ secara dalam talian sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum perjalanan.

    Di bawah program ‘Test & Go’ juga, pengembara perlu membuat tempahan awal di hotel yang ditetapkan serta melakukan ujian RT-PCR pada hari pertama ketibaan dan ujian antigen kendiri pada hari kelima.

    Selain itu, mereka perlu membeli insurans perubatan dengan perlindungan minimum AS$20,000, katanya.

    “Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia.

    “Syarat-syarat ini penting kerana kesihatan awam adalah keutamaan kami,” katanya ketika dihubungi Bernama. 

    Bermula 1 April, Amphon berkata pelancong antarabangsa yang lengkap vaksinasi tidak perlu sertakan ujian COVID, 72 jam sebelum perjalanan ke Thailand.  Selain itu pintu sempadan darat Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai juga dijadual menerima kedatangan pelancong antarabangsa bermula 1 April. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...