JAKARTA, 21 Feb – Malaysia dan Indonesia akan membincangkan secara terperinci prosedur operasi standard (SOP) berhubung pengambilan, penggajian dan perlindungan pekerja dari Indonesia. Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata Kementerian Sumber Manusia Malaysia dan Kementerian Ketenagakerjaan Indonesia (TKI) akan mengadakan perbincangan secara teknikal berhubung mekanisme baharu berkaitan pengambilan pekerja Indonesia