Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    SOP terkini LTAB bermula 1 April

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai dan para penumpang mengenai prosedur serta langkah pencegahan terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) yang berkuat kuasa mulai 1 April 2022.

    Kenyataan menyatakan bahawa bagi dewan pelepasan, orang ramai dibenarkan untuk menghantar individu yang hendak membuat perjalanan keluar negeri mengikut had kapasiti Dewan Berlepas LTAB yang dibenarkan iaitu pada 75 peratus. Sementara itu, bagi dewan ketibaan, keluarga dan rakan-rakan serta wakil dibenarkan untuk mengambil penumpang-penumpang semasa ketibaan di LTAB mengikut had kapasiti Dewan Ketibaan LTAB yang dibenarkan iaitu 75 peratus daripada had kapasiti.

    Semua penumpang dan orang ramai dikehendaki untuk mengimbas kod QR BruHealth sebelum memasuki Bangunan Terminal LTAB di mana hanya individu yang mempunyai kod warna hijau dan kuning akan dibenarkan masuk. Orang ramai juga dikehendaki untuk sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan sosial semasa berada di LTAB dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda