Monday, November 18, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sophia Albarakbah kongsi ciri-ciri calon suami

    Setiap wanita pasti mengimpikan pasangan yang memiliki kriteria positif untuk dijadikan calon suami.

    Begitu juga pelakon Sophia Albarakbah, 30, di mana dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman antaranya mestilah seorang yang jujur dan setia dalam perhubungan.

    “Suka lelaki kelakar tetapi lagi suka kalau dia bukan penipu, jujur, tak curang, seorang yang melindungi dan menyayangi saya,” katanya dalam satu hantaran di Instastory.

    Menurut mStar, Sophia menyatakan kriteria itu bagi menjawab pertanyaan pengikut di laman Instagram.

    Dalam pada itu, aktres ini memberitahu dia tertarik dengan lelaki yang mengutamakan agama dan keluarga.

    Sophia menjelaskan dirinya sukakan lelaki yang jujur dan setia. – mStar

    Malah dia juga mestilah seorang yang berani berdepan masalah dan sentiasa bersedia memperbaiki diri.

    “Saya suka lelaki yang bertanggungjawab, mengutamakan keluarga, mendahulukan saya dalam apa-apa perkara dan dekat dengan Tuhan.

    “Saya juga suka lelaki yang tak lari dari masalah, rajin berusaha dan selalu mencuba untuk perbaiki diri,” ujarnya.

    Ditanya peminat mengenai status terkini dirinya, Sophia mengakui dia trauma untuk kembali menjalinkan hubungan cinta.

    “Saya trauma, biarkan saya sendiri,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda