Barangkali, berbeza bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan Sophia Albarakbah, 29, dengan pelakon seangkatan dengannya. Ketika rakan seangkatannya sudah berlari jauh, namun, pelakon berdarah kacukan Melayu, Arab dan Cina itu dilihat masih bertatih untuk membina nama. Namun, prinsipnya biarlah bertatih, merangkak dan kemudiannya, berlari dari bawah dahulu demi mencari pengalaman. Tidak sesekali menjual cerita sensasi