Monday, November 18, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sophia luah rasa syukur

    Pernah terpalit dengan kontroversi bersama aktor Aliff Aziz, perkongsian terbaharu pelakon Sophia Albarakbah mencuri perhatian.

    Menurut mStar yang memetik ciapan di laman X milik pelakon itu, Sophia, 30, meluahkan rasa syukur atas kehebatan kuasa Allah.

    Pun begitu, aktres itu tidak menjelaskan secara terperinci maksud di sebalik perkongsiannya itu.

    “Alhamdulillah, God is Great,” tulisnya ringkas.

    Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga X yang berpendapat kata-kata itu ada kena mengena dengan kontroversi melibatkan Aliff dan Ruhainies.

    Sophia dikatakan pernah menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga Aliff dan juga Bella. – Utusan Malaysia

    Pengikutnya meminta agar Sophia mengambil pendekatan tidak masuk campur atau cuba mencurahkan minyak ke dalam api memandangkan isu tersebut sedang hangat diperkatakan.

    Bagaimanapun ada pula mengimbas kembali tindakan Ruhainies yang kononnya pernah menggelar Sophia sebagai perosak industri susulan isu dituduh sebagai orang ketiga.

    “Jadi bukan salah Sophia, tak sia-sia back up dia selama ini.

    “Akhirnya kata-kata makan diri sendiri. Sekarang ini siapa perosak sebenarnya?,” komen warganet.

    Pada tahun lalu, Sophia dikatakan menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga Aliff dan juga Bella.

    Mereka dikatakan mula akrab selepas terlibat dalam penggambaran menerusi drama Ku Akad Kau dengan Bismillah.

    Pada awal pagi Sabtu, Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas tuduhan berkhalwat di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

    Kedua-dua mereka dibawa ke Jawi untuk siasatan dan dibebaskan dengan jaminan pada pukul 2 petang Sabtu sebelum didakwa di Mahkamah Syariah pada satu tarikh lain. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda