Tuesday, October 1, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sophia puji Alif Satar, profesional dan tahu batasan

    Pelakon jelita, Sophia Albarakbah memuji sikap rakan gandingannya, Alif Satar dalam filem Reeza GTR sebagai profesional dan positif.

    Membawakan watak Myra dalam filem terbitan Primeworks Studios & Grand Brilliance itu, Sophia berkata, dia lega dapat berlakon di sisi pelakon yang tahu batasan ketika bekerja.

    “Alif sangat profesional, auranya positif, ramah dan selamba.

    “Sepanjang berlakon bersama, saya lega kerana Alif bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan.

    “Ini adalah gandingan kali pertama kami dan saya takkan menolak jika diberi peluang berlakon bersama lagi,” kata Sophia yang ditemui pada majlis tayangan filem Reeza GTR arahan Ahmad Idham, baru-baru ini. Bagaimanapun, Sophia berkata, dia menjaga batasnya dengan semua orang termasuklah pelakon berstatus solo, lapor BH Online.

    Sophia memuji Alif sebagai profesional dan positif ketika bergandingan dalam filem Reeza GTR. – mStar

    “Bergelar suami atau tidak, saya memang sentiasa menjaga batas dengan rakan gandingan.

    “Ketika di set, saya dan Alif lebih tertumpu kepada kerja dan selepas penggambaran, kami akan buat hal masing-masing,” katanya.

    Berkongsi lanjut mengenai filem bergenre aksi itu, Sophia yang berkecimpung dalam dunia lakonan sejak enam tahun lalu mengakui, salah satu impiannya adalah membintangi filem bergenre aksi.

    Ujar Sophia, dia mahu lari dari watak stereotaip dan enggan membawakan karakter wanita lembut sahaja.

    Katanya, dia tetap puas walaupun aksi dalam filem Reeza GTR tidak banyak, namun dapat menjayakan babak bertarung dalam filem berkenaan.

    “Sebelum ini, saya pernah katakan ingin cuba watak aksi. Biarpun tak banyak tapi mungkin ini adalah batu loncatan untuk saya.

    “Memang ada sedikit luka dan lebam ketika melakonkan babak dalam filem ini, tetapi saya tak kisah. Saya nak cuba lari daripada watak lembut kerana sudah terlalu sering membawakan watak sama,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda