Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sophie dedah sikap ‘kasar’ Gerard Depardieu

    Sophie Marceau, salah seorang pelakon yang paling disayangi di Perancis, berkata dalam temu bual yang diterbitkan kelmarin bahawa ikon filem, Gerard Depardieu, yang dituduh merogol, adalah ‘kasar dan tidak sesuai’ semasa mereka bekerja bersama dan menyasarkan wanita dengan pekerjaan peringkat rendah di lokasi penggambaran, bukan kepada bintang utama.

    Marceau, yang memulakan kerjayanya di Perancis dan antarabangsa dengan filem La Boum pada tahun 1980 ketika dia berusia 13 tahun, telah membintangi puluhan filem dan mengarahkan beberapa yang lain.

    Pelakon itu menjadi terkenal di peringkat antarabangsa melalui peranannya dalam filem Braveheart pada tahun 1995 dan kerana memegang watak antagonis dalam filem aksi James Bond, The World Is Not Enough pada tahun 1999.

    Dia bekerja dengan Depardieu di lokasi penggambaran filem Police pada tahun 1985, sebuah filem noir yang melibatkan seorang anggota polis dan seorang wanita misteri.

    Sikap Depardieu adalah ‘kasar dan tidak sopan,’ ujarnya dalam edisi Khamis majalah mingguan Paris Match.

    “Dia tidak menyasarkan pelakon hebat, tetapi lebih kepada pembantu peringkat rendah,” katanya.

    “Kekasaran dan provokasi sentiasa menjadi gayanya,” kata Marceau. – AFP

    Sophie tiba untuk pertunjukan fesyen Jacquemus di Le Bourget, pinggir bandar Paris pada 12 Disember 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda