Sunday, December 22, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Southampton, Brentford bergelut sebelum mara suku akhir

    SOUTHAMPTON, 30 OKT – Pasukan yang sedang bergelut di Liga Perdana Inggeris (EPL) Southampton, mara ke suku akhir Piala Liga Inggeris selepas James Bree menjaringkan gol kemenangan lewat untuk menumpaskan Stoke City 3-2, awal pagi tadi.

    Satu lagi pasukan EPL, Brentford, turut mengharungi detik cemas sebelum berjaya mengalahkan Sheffield Wednesday melalui penentuan penalti.

    Di St Mary’s, Southampton kelihatan yakin untuk mara selepas Taylor Harwood-Bellis menjaringkan gol melalui tandukan dan Adam Armstrong menyempurnakan penalti dalam 35 minit pertama. Namun, jaringan Ashley Phillips dan Tom Cannon mengancam untuk memaksa perlawanan ke penentuan penalti, sebelum Bree merembat bola dari jarak 25 ela ketika aksi berbaki dua minit lagi.

    Southampton bernasib baik mengekalkan kedudukan apabila halangan di garisan gol oleh Yukinari Sugawara menggagalkan usaha pemain gantian Stoke, Million Manhoef, yang hampir mengubah keputusan beberapa minit sebelum itu. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda