Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Southgate puji watak England

    GLASGOW, 11 Jun – Pengurus England, Gareth Southgate berkata keputusan seri 2-2 menerusi gol di saat-saat akhir ketika menentang Scotland telah memperlihatkan kecekalan mental yang cuba ditanamkan dalam diri pemain-pemainnya.

    England ketinggalan apabila Leigh Griffiths menembusi gawang mereka dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Hampden Park, kemudian menyaksikan kapten baru mereka, Harry Kane menyelamatkan satu mata dengan voli penyamaan pada minit ke-93.

    “Saya fikir ia adalah detik yang penting bagi pasukan,” kata Southgate, yang telah membawa pasukan itu menjalani latihan tentera sebagai latihan kerja berpasukan minggu lepas.

    “Persoalan pada kami berpusat pada watak dan kebolehan untuk menangani situasi yang tidak menyebelahi anda. Itu yang perlu kami tunjukkan.

    “Kami perlu menjadi pasukan yang tidak akan dikalahkan. Kami perlu menjadi pasukan yang mungkin tidak berhenti berusaha meskipun masa semakin suntuk. – AFP

    Pengurus England, Gareth Southgate ketika berada di bangku simpanan dalam aksi Kumpulan F antara Scotland dan England. – AP
    Pengurus England, Gareth Southgate ketika berada di bangku simpanan dalam aksi Kumpulan F antara Scotland dan England. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda