Monday, July 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    S&P Global beli IHS Markit AS$44 bilion

    NEW YORK, 30 NOV – S&P Global hampir mencapai kesepakatan untuk membeli IHS Markit dengan harga sekitar AS$44 bilion, menurut laporan semalam, dalam penggabungan dua penyedia data terbesar Wall Street.

    Perjanjian pembelian dapat diumumkan secepatnya hari ini, Wall Street Journal melaporkan, memetik sumber yang mengetahui perkara itu.

    S&P Global, bernilai sekitar AS$82 bilion, mengendalikan agensi penarafan Standard and Poor dan bermula pada tahun 1860an.

    IHS Markit yang berpangkalan di London, yang baru masuk ke pasar data kewangan yang sangat menguntungkan, kini bernilai sekitar AS$37 bilion.

    Langkah itu akan menandakan penyatuan terbaharu di antara syarikat-syarikat yang menyediakan data dan analitik kewangan sebagai persaingan yang semakin meningkat di tengah-tengah cabaran seperti Bloomberg dan Refinitiv. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda