JAKARTA, 31 MEI – Agensi perkadaran S&P meningkatkan kadar kredit Indonesia hari ini, memetik prospek kukuh bagi ekonomi terbesar Asia Tenggara itu selepas pemilihan semula Presiden Joko Widodo.
Peningkatan itu berlaku selepas suruhanjaya pilihan raya bulan ini mengesahkan kemenangan Widodo dalam pilihan raya diadakan pada 17 April lalu. Saingannya, Prabowo Subianto, seorang jeneral tentera bersara, mencabar keputusan itu di mahkamah atas dakwaan penipuan berleluasa.
Namun S&P mengatakan ia menjangkakan keputusan itu tidak akan menjejaskan penggal kedua Widodo, selepas tempoh awalnya kepimpinannya menampilkan infrastruktur berbilion dolar, termasuk sistem aliran transit ringan pertama Jakarta. – AFP