Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    SPA buka tiga pusat temu duga di Sarawak

    KUCHING, 27 FEB – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah membuka tiga buah pusat temu duga di Sarawak yang terletak di sini, Sibu dan Miri sebagai sebahagian daripada 17 pusat temu duga di seluruh Malaysia.

    Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman berkata usaha itu sebagai satu daripada langkah penaiktarafan SPA bagi menyediakan kemudahan kepada mereka yang berminat memohon dalam sektor awam.

    “Selain itu, antara penambahbaikan SPA adalah dengan melaksanakan temu duga secara dalam talian bagi mereka yang berada di luar bandar dan pedalaman sekiranya mengalami masalah dari segi pengangkutan, di rumah juga boleh mengadakan temu duga dan peperiksaan,” katanya selepas perasmian Pusat Temu Duga Kuching di Pusat Transformasi Bandar (UTC) hari ini.

    Beliau berkata SPA mengamalkan prinsip terbuka dalam urusan pengambilan calon perjawatan awam tanpa mengambil kira negeri asal calon bagi memastikan hanya calon yang terbaik akan dilantik.

    Menurutnya, SPA mempunyai wakil dari Sarawak dan Sabah untuk mengelolakan proses temu duga di kedua-dua negeri tersebut memandangkan mereka lebih arif mengenai selok-belok dan urusan negeri masing-masing.

    “Saya yakin menerusi kaedah yang lebih terbuka, lebih ramai rakyat dari Sarawak dan Sabah berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam,” katanya.

    Zainal Rahim berkata beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini bagi berkongsi pengalaman SPA persekutuan dalam mengurus mentadbir tadbir sumber manusia selain mendapatkan pandangan bagi memperkasakan lagi sektor perkhidmatan awam. – Bernama

    Zainal Rahim (dua kanan) menyantuni anggota perkhidmatan awam selepas merasmikan Pusat Temu Duga SPA Kuching dan Miri di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda