Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    SpaceX akan jalankan ujian kelima roket Starship

    WASHINGTON, 13 OKT – Roket tanpa pemandu Starship, sistem roket terbesar yang pernah dibina dijadualkan berlepas dari pelabuhan SpaceX di Texas hari ini untuk ujian penerbangan kelima, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Jendela pelancaran selama 30 minit akan dibuka pada 7 pagi, selepas Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) memberikan kelulusan kelmarin.

    Starship, yang terdiri daripada penggalak Super Heavy sepanjang kira-kira 70 meter dan bahagian atas sepanjang kira-kira 50 meter, juga dikenali sebagai Starship direka untuk membolehkan misi ke Bulan dan Marikh.

    Sistem itu dibangunkan dengan cara yang membolehkan kapal angkasa dan roket itu digunakan semula selepas kembali ke Bumi.

    Starship, yang berukuran kira-kira 120 meter panjang dijangka mampu mengangkut lebih 100 tan kargo pada masa hadapan.

    Bagaimanapun, pembangunan roket itu menghadapi beberapa masalah.

    Dalam ujian pertama pada April lalu, keseluruhan sistem roket meletup selepas beberapa minit.

    Dalam ujian kedua pada November, dua peringkat roket itu terpisah dan bahagian atas terus dilancarkan, tetapi tidak lama kemudian kedua-duanya meletup secara berasingan. – Bernama

    SpaceX Starship berada di pad pelancaran di Starbase dekat Boca Chica, Texas, pada 12 Oktober, menjelang ujian penerbangan kelima Starship. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda