Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SpaceX bakal uji penerbangan keenam Starship

    LOS ANGELES, 13 NOV – SpaceX merancang melancarkan ujian penerbangan keenam bagi roket gergasi Starship pada 18 November, menurut syarikat itu.

    Objektif ujian penerbangan baharu ini termasuk penggalak yang sekali lagi akan kembali ke tapak pelancaran untuk menghidupkan semula enjin raptor kapal angkasa, serta menguji beberapa eksperimen pelindung haba dan perubahan pergerakan untuk kemasukan semula kapal dan pendaratan di Lautan Hindi, menurut SpaceX.

    SpaceX telah melaksanakan ujian penerbangan kelima bagi Starship pada 14 Oktober lalu, dengan kejayaan penggalak yang kembali ke tapak pelancaran buat kali pertama.

    Syarikat itu menyatakan bahawa ujian penerbangan kelima adalah satu detik penting dalam proses ke arah sistem pelancaran yang sepenuhnya boleh digunakan semula dan pantas. Pada percubaan pertama, penggalak Super Heavy berjaya kembali ke tapak pelancaran dan ditangkap oleh ‘penyepit’ di menara pelancaran dan penangkapan di Starbase.

    Peringkat atas Starship juga menunjukkan beberapa penambahbaikan dalam ujian penerbangan kelima, menghasilkan kemasukan terkawal dan pendaratan tepat di kawasan sasaran di Lautan Hindi, menurut SpaceX.

    Sistem angkasa Starship dan roket Super Heavy, yang dikenali sebagai Starship, mewakili sistem pengangkutan boleh digunakan semula sepenuhnya yang direka untuk membawa kru dan kargo ke orbit Bumi, bulan, Marikh dan lebih jauh lagi. – Xinhua

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda