Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    SpaceX dijangka lancar roket kitar semula

    MIAMI, 30 Mac – SpaceX dijangka melancarkan roket kitar semula pertamanya hari ini, dengan menggunakan booster roket yang menghantar makanan dan bekalan kepada para angkasawan yang tinggal di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada April.

    Matlamat pelancaran itu yang dijadualkan pada pukul 6:27 petang dari Cape Canaveral, Florida adalah untuk menghantar satelit perhubungan bagi Syarikat SES yang beribu pejabat di Luxemborg ke orbit jauh.

    Berdiri tegak di pelancar NASA, roket putih Falcon 9 mengandungi bahagian tinggi seperti tiang dikenali sebagai peringkat pertama atau booster, yang menggerakkan kapal kargo Dragon yang tidak dikendalikan ke angkasa lepas tahun lalu, kemudian pulang dengan pendaratan tegak di platform lautan.

    SpaceX, syarikat di California itu diketuai oleh penguasa Internet, Elon Musk, yang telah bertahun-tahun lamanya menyempurnakan teknologi memberikan kuasa booster untuk mendarat di bumi pada permukaan keras dan dalam air.

    Setakat ini ia telah berjaya mendarat lapan kali – lima di kapal yang dipanggil ‘kapal dron’ yang terapung di lautan dan tiga di darat. Matlamat itu, menurut Musk ialah untuk membuat bahagian-bahagian roket seperti yang boleh digunakan semula seperti kereta, kapal terbang atau basikal.

    Pada masa ini bahagian-bahagian roket yang bernilai berjuta-juta dolar telah dibuang selepas setiap pelancaran.

    Para pegawai SpaceX berkata menggunakan semula perkakasan boleh mengurangkan kos sebanyak kira-kira 30 peratus – dengan setiap pelancaran Falcon 9 menelan kos lebih AS$61 juta.

    Sementara mencetuskan banyak desas-desus, proses baru ini masih menimbulkan kebimbangan para pelanggan dan SpaceX.Kebimbangan itu termasuklah ‘kebimbangan tentang kegagalannya, implikasi insurans, penggantian semula, pertambahan booster yang boleh digunakan semula dalam gudang,” kata firma perbankan pelaburan Jefferies International dalam laporan bulan April.

    “Tetapi hal perjalanan adalah jelas.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda