MIAMI, 28 Feb – SpaceX semalam berkata dua orang awam telah membayar wang untuk dihantar mengelilingi bulan dalam apa yang akan menandakan perjalanan paling jauh manusia ke ruang udara lepas.
AS tidak menghantar angkasawan ke bulan sejak misi Apollo, NASA 1960an dan 1970an.
“Kami dengan amat gembira mengumumkan bahawa SpaceX dihubungi untuk menerbangkan dua warga awam bagi perjalanan mengelilingi bulan lewat tahun depan,” menurut kenyataan CEO Elon Musk.
“Ini merupakan peluang bagi manusia untuk kembali ke ruang angkasa buat pertama kali dalam tempoh 45 tahun dan mereka akan mengharungi perjalanan lebih pantas dan seterusnya ke dalam sistem solar dari mana-mana sistem sebelum mereka.”
Ujian kesihatan dan latihan akan bermula tahun ini.

Musk berkata, “Pasukan penerbangan lain juga melahirkan minat mendalam dan kami menjangkakan lebih ramai akan mengikut jejak langkah itu. Maklumat tambahan akan dikeluarkan tentang pasukan penerbangan, kontinjen sebaik kelulusan mereka dan pengesahan keputusan ujian kesihatan dan kesesuaian.”
Para pelancong akan menaiki kapsul Crew Dragon, syarikat yang beribu pejabat di California itu yang dijadualkan bagi penerbangan ujian pertamanya tanpa dikendali pada lewat tahun ini.
Ia berdasarkan rekaan yang pada masa ini digunakan untuk menghantar kargo ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dengan penaikan taraf untuk membolehkan membawa manusia.
Kapsul itu akan dilancarkan di atas roket Falcon Heavy, SpaceX, yang dijadualkan bagi ujian penerbangan pertamanya musim panas ini.
Roket itu “akan menjadi kenderaan paling kuat untuk sampai ke orbit selepas roket bulan Saturn V,” kata Musk.
“Peluncuran lima juta pound, Falcon Heavy, dua pertiga luncuran Saturn V dan lebih dua kali ganda luncuran kenderaan yang sedang terbang pada masa ini yang mana terbesar lancarannya juga. – AFP