Sunday, July 7, 2024
33.2 C
Brunei

    -

    SpaceX lancar 20 satelit Starlink ke orbit

    NEW YORK, 4 JULAI – Syarikat angkasa lepas swasta Amerika Syarikat, SpaceX, berjaya melancarkan 20 satelit internet Starlink ke orbit kelmarin, termasuk 13 satelit dengan keupayaan langsung ke sel.

    Menurut SpaceX, satelit tersebut dilancarkan menggunakan roket Falcon 9 dari Stesen Angkasa Canaveral Space Force di Florida pada jam 4:55 pagi (waktu tempatan), selepas masalah teknikal menyebabkan kelewatan selama dua jam.

    Tidak lama selepas pelancaran, penggalak peringkat pertama Falcon 9 SpaceX kembali dan mendarat di atas kapal dron yang ditempatkan di Lautan Atlantik.

    Pelancaran ini merupakan pelancaran dan pendaratan ke-16 bagi penggalak ini, menurut penerangan misi SpaceX. – Xinhua

    ASTRA 1P Berjaya Dilancarkan pada Roket Falcon 9 SpaceX. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...