Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    SpaceX lancar 23 satelit Starlink

    LOS ANGELES, 8 DIS – Syarikat angkasa lepas persendirian Amerika Syarikat (AS), SpaceX kelmarin melancarkan 23 lagi satelit Starlink ke orbit.

    Satelit-satelit tersebut dilancarkan menggunakan roket Falcon 9 dari Pangkalan Angkasa Cape Canaveral di negeri Florida, AS pada 12:07 petang kelmarin waktu tempatan, menurut SpaceX.

    Bahagian pertama Falcon 9 kembali dan mendarat di kapal dron pelabuhan angkasa autonomi yang ditempatkan di Lautan Atlantik.

    Syarikat itu kemudiannya mengesahkan penempatan 23 satelit itu.

    Starlink akan menyediakan internet jalur lebar berkelajuan tinggi ke lokasi-lokasi di mana aksesnya tidak stabil, mahal atau tidak tersedia sama sekali, menurut SpaceX. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda