Thursday, November 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    SpaceX lancar 52 satelit Starlink

    PANGKALAN ANGKASA LEPAS VANDENBERG, CALIFORNIA, 19 DIS – Sebuah roket SpaceX membawa 52 satelit internet Starlink ke orbit dari California awal semalam.

    Roket Falcon 9 dua peringkat itu berlepas dari Pangkalan Angkasa
    Lepas Vandenburg pada pukul 4:41 pagi dan terbang melengkung menuju ke Pasifik.

    Peringkat pertama Falcon kembali dan mendarat di kapal dron di lautan. Ia merupakan pelancaran ke-11 dan pemulihan dalam peringkat itu.

    Peringkat kedua diteruskan ke orbit dan penghantaran satelit disahkan, kata pengulas pelancaran Younei Zhou di ibu pejabat SpaceX di Hawthorne, California.

    Starlink ialah sistem internet global yang telah dibangunkan oleh SpaceX bertahun-tahun lamanya untuk membawa akses internet ke kawasan mundur dunia.

    Misi semalam adalah pelancaran ke-34 untuk Starlink, kumpulan 2,000 satelit di orbit rendah Bumi.

    SpaceX juga dijadual melancarkan satelit komunikasi Turki dari Florida pada pukul 10:58 malam pada Sabtu. – AP

    Sebuah roket SpaceX dilancarkan dari Pangkalan Angkasa Lepas Vandenberg pada 18 Disember di California. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...