Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    SpaceX lancar satelit tingkat kelajuan internet Indonesia

    JAKARTA, 19 JUN – Syarikat Elon Musk, SpaceX dan Indonesia telah melancarkan satelit dari Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan membawa internet berkelajuan tinggi ke kawasan terpencil di seluruh kepulauan Indonesia yang luas dengan lebih daripada 17,000 pulau.

    Lebih satu pertiga daripada penduduk Indonesia tidak mempunyai akses kepada internet, terutamanya di kawasan terpencil di negara keempat paling ramai penduduk di dunia.

    SATRIA-1 yang di bina di Eropah dilancarkan hari ini dari stesen pelancaran Florida dengan menggunakan roket SpaceX Falcon 9.

    “SpaceX melancarkan misi PSN SATRIA ke orbit pemindahan geosynchronous dari Kompleks Pelancaran Angkasa 40 di Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di Florida,” tulis firma tersebut di laman webnya.

    Satelit tersebut dibina oleh syarikat elektronik pertahanan Perancis Thales menelan kos AS$540 juta dan Jakarta berharap ia akan menghubungkan 90,000 sekolah, 40,000 hospital dan bangunan kerajaan.

    Presiden Indonesia, Joko Widodo menyebutnya sebagai ‘satelit pelbagai fungsi milik kerajaan pertama dengan kapasiti terbesar di Asia’ dalam catatan Instagram, hari ini.

    Beliau berkata ia akan berada di atas wilayah Papua, wilayah paling timur Indonesia. – AFP

    Roket SpaceX Falcon 9 berlepas dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Cana-veral pada 18 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda