SpaceX tunda pelancaran satelit mini

WASHINGTON, 12 JULAI – SpaceX semalam menangguhkan pelancaran roket yang dijangka membawa 57 satelit mini ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada rancangan untuk membina sistem internet jalur lebar global.

Syarikat itu berkata di Twitter bahawa ia sedang menunda misi Starlink ke-10 ‘untuk memberikan lebih banyak masa untuk pemeriksaan.” Ia berkata ia berusaha untuk menetapkan satu jadual pelancaran baharu.

Misi tersebut pernah ditangguhkan sebelum ini.

Roket Falcon 9 yang membawa satelit juga dijangka membawa dua satelit dari BlackSky, pelanggan SpaceX. Pembatalan penerbangan semalam merupakan pembatalan pelancaran satelit Starlink ketiga SpaceX dalam kurang dua bulan.

Syarikat Elon Musk setakat ini telah menerima kebenaran dari pihak berkuasa AS untuk melancarkan 12,000 satelit di beberapa orbit berlainan, dan ia telah memohon untuk melancarkan 30,000 satelit tambahan.

Matlamat SpaceX adalah mengawal sebahagian besar pasaran internet masa depan dari angkasa lepas.

Beberapa pesaing juga mempunyai cita-cita yang sama, termasuk firma London OneWeb dan syarikat peruncit AS Amazon, di mana Projek Kuiper mereka adalah kurang maju berbanding firma lain. – AFP