ROM, 31 Mei – AS Roma telah menyatakan bahawa ia telah berpisah dengan Luciano Spalletti, yang menunjukkan perasaan bercampur-baur mengenai pemergiannya hanya beberapa hari selepas menerajui kelab itu bagi bola sepak Liga Juara-Juara musim depan.
Spalletti telah menyertai Roma buat kali kedua sebagai jurulatih pada Januari 2016 selepas bertugas buat kali pertama antara tahun 2005-2009 ketika kelab itu telah memenangi dua Coppa Italia dan satu Supercoppa. Sementara tugasnya sebagai jurulatih buat kali kedua di Roma boleh dikatakan berjaya, Spalletti berdepan dengan isu bintang Roma berusia 40 tahun, Francesco Totti dan sejumlah besar penyokongnya.
Di sidang media yang emosional, Spalletti dengan berat menyatakan bahawa pasukan itu mampu melakukan lebih baik tetapi adanya gangguan dari kekecohan yang menyelubungi persaraan Totti.
“Dalam kebanyakan masa, ia sukar untuk semua orang bersatu, kami mampu melakukan lebih baik jika bersatu,” kata Spalletti, yang mencipta rekod pasukan dengan 87 mata musim ini di belakang juara Serie A, Juventus. – AFP