Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    SPARK tingkat kesedaran awam tentang strok

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Sekumpulan pelajar perubatan tahun ketiga dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), atau dikenali sebagai SPARK, telah mengadakan siri acara kesedaran strok bermula hari ini sehingga esok berlangsung di PKWE Lambak.

    Acara itu bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang pengenalan strok dan mempromosikan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas bagi membantu mencegah strok.

    Selain itu, ia juga diadakan untuk meningkatkan kesihatan komuniti melalui kesedaran dan pendidikan di samping mempromosikan kesejahteraan serta menyokong amalan hidup sihat bagi semua peringkat umur.

    Acara hari ini bermula dengan pemeriksaan kesihatan untuk semua peserta, ceramah kesedaran strok, sesi informatif mengenai pengenalan dan pengurusan gejala strok, tinjauan susulan bagi menilai pengetahuan yang diperoleh dan sebagainya.

    SPARK, komited untuk meningkatkan pemahaman awam mengenai strok dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas.

    Acara tersebut merupakan peluang berharga bagi masyarakat untuk belajar dan terlibat dalam pencegahan strok.

    Antara aktiviti yang dijalankan dalam acara berkenaa. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SPARK

    Kumpulan yang terdiri daripada pelajar perubatan tahun ketiga dari UBD itu komited untuk meningkatkan pemahaman awam mengenai strok dan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga emas.

    Tujuan lain bagi mengadakan aktiviti berkenaan juga adalah untuk meningkatkan kesihatan komuniti melalui kesedaran dan pendidikan selain mempromosikan kesejahteraan dan menyokong amalan hidup sihat untuk semua peringkat umur.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda