Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spartan Diva terima tajaan HiTune

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JULAI – Pasukan Spartan Diva baru-baru ini telah menerima tajaan berupa baju, bip dan pas badan dari pihak Lembaga Pengarah HiTune Group of Companies pada majlis penyerahan yang berlangsung di Ibu Pejabat HiTune Group of Companies di Kampung Mata-Mata, Gadong.

    Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dayang Hernah Nur Imani binti Muhd Jeffrey, dan Pengarah HiTune Group of Companies, Dayang Afdah binti Haji Mahadi kepada Pengurus Pasukan Bola Jaring Spartan Diva, Dayang Adibah Zafirah binti Awang Jafar.

    Sehubungan itu, pasukan Spartan Diva juga akan mengikuti Kejohanan Bola Jaring Wanita yang turut disertai oleh beberapa pasukan persendirian yang diadakan pada hari ini di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Dalam ucapan yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Projek HiTune Group of Companies, Dayang Nurul Izzati Naqibah binti Zaidi menyebutkan bahawa, “Antara tujuan pihak HiTune Group of Companies membuat tajaan tersebut adalah untuk menyokong sukan wanita tempatan sekali gus menggalakkan kehidupan yang aktif ke arah warga sihat, di samping turut memberi sokongan bagi mencapai potensi dan impian dalam kalangan wanita Brunei dalam arena sukan terutamanya sukan bola jaring.”

    Majlis tersebut turut dihadiri oleh kesemua pemain bola jaring Spartan Diva.

    Dayang Afdah dan Dayang Hernah Nur Imani bergambar ramai bersama pasukan Spartan Diva pada majlis tersebut.
    – Gambar oleh Yusrin Junaidi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda