CAPITOL HILL, 15 MEI – Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof telah menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh House Speaker of the House of Representatives di Capitol Hill, Puan Yang Terutama Nancy P. Pelosi, bagi para pemimpin ASEAN serta wakil.
Semasa majlis itu, Puan Yang Terutama dalam ucapannya menyatakan bahawa perkongsian antara ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) di Indo-Pasifik adalah penting untuk
keselamatan dan kestabilan di rantau tersebut.
Menyentuh mengenai ekonomi, hubungan perdagangan ASEAN-AS mesti diperkukuhkan bagi menjamin kemakmuran semua penduduk.
Puan Yang Terutama juga menggalakkan kerjasama antara ASEAN dan AS dipertingkatkan lagi bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi bersama.
Beliau juga menggesa usaha bersama dalam menangani cabaran dan isu yang membimbangkan bagi mengu-kuhkan lagi hubungan antara ASEAN dan AS.
Semasa majlis itu juga, para pe-mimpin membincangkan tentang hubungan ASEAN-AS, serta isu-isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama.
