Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Special Awareness Walk anjuran SR Kapok Muara meriah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Sekolah Rendah (SR) Kapok Muara telah menganjurkan program kokurikulum khas Special Awareness Walk dengan tema Walking Together, Growing Together, bertempat di perkarangan sekolah, baru-baru ini.

    Program tersebut diadakan bagi menghidupkan semula kegiatan kokurikulum dalaman serta memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada murid sebelum bermulanya cuti persekolahan penggal kedua.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Teras, Awang Eddy Fazlin bin Haji Amdan. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Sekolah-sekolah (JSS) iaitu superintenden dan penolong superintenden Kluster 1 dan 2, serta Pengarah Jabatan Kokurikulum.

    Pelbagai pengisian menarik telah disediakan sepanjang acara itu, antaranya aktiviti senaman zumba, walkaton di mini stadium, galeri pameran bagi pemenang Kids Awareness Competition, gerai jualan oleh peniaga tempatan serta penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna.

    Kehadiran murid, guru dan ibu bapa memeriahkan suasana dan menyerlahkan semangat komuniti sekolah yang bersatu dan prihatin.

    Melalui penganjuran Special Awareness Walk, SR Kapok Muara menunjukkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pendidikan holistik yang tidak hanya menumpukan kepada pencapaian akademik, tetapi juga membentuk sahsiah, nilai dan kesedaran sosial dalam kalangan murid.

    Objektif utama program tersebut adalah untuk membina kesedaran terhadap keistimewaan setiap individu serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang inklusif dan menyeronokkan. Inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada usaha sekolah dalam memupuk nilai empati dan semangat kekitaan dalam komuniti pembelajaran.

    Awang Eddy Fazlin bergambar ramai bersama guru-guru dan kakitangan SR Kapok Muara dalam program itu. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RENDAH KAPOK MUARA
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RENDAH KAPOK MUARA
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH RENDAH KAPOK MUARA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda