Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Speedy Tigers mula siri jelajah Belgium

    KUALA LUMPUR, 28 SEPT – Skuad hoki lelaki kebangsaan Malaysia memulakan siri jelajah Belgium dengan langkah kanan apabila menewaskan pasukan tuan rumah, Belgium A terdiri daripada skuad gandingan pemain senior dan junior, 1-0, di Sportcentrum Wilrjkse, di Antwerp, kelmarin.

    Pakar pukulan sudut penalti skuad Speedy Tigers, Muhammad Razie Abdul Rahim, menemui sentuhan pada minit ke-35 dalam aksi persahabatan tersebut sebelum berdepan dengan skuat utama Belgium, yang juga pasukan kedua terbaik dunia, pada petang kelmarin.

    Mengulas mengenai kemenangan tersebut, ketua jurulatih negara Malaysia, A. Arul Selvaraj, berkata pasukannya yang menduduki ranking ke-10 dunia itu telah menunjukkan kemajuan membanggakan dari segi kecergasan selepas 10 minggu menjalani latihan kesesuaian fizikal.

    “Walaupun beraksi dengan 20 pemain dengan semua pemain keluar masuk, kita nampak perbezaan ketara dari segi kecergasan, mereka agak selesa pada tangah hari kelmarin. Walaupun Belgium A mempunyai lebih banyak pukulan sudut dan penembusan dalam kotak penalti, kita telah menguasai perlawanan dengan baik kecuali lima hingga lapan minit terakhir.

    “Kita berjaya menembus kawasan penalti sebanyak 15 kali dan menerima satu percubaan pukulan sudut penalti, kita kena buat sedikit kerja untuk mendapat lebih peluang masuk ke kawasan bahaya lawan tapi dapat menyudahkan satu-satunya pukulan sudut penalti,” katanya menerusi sidang video yang dikongsi oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda