Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Spesies baharu labah-labah, cicak di Perlis

    KANGAR, 2 OGOS – Sepasukan saintis yang menyertai Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Perlis menemukan labah-labah daripada spesies tribes spider dan cicak Cyrtodactylus zebraicus di Hutan Simpan Negeri Perlis.

    Ketua penyelidik ekspedisi itu Prof Madya Dr Amirrudin Ahmad berkata labah-labah berkenaan merupakan spesies endemik dan hanya terdapat di negeri ini.

    “Labah-labah ini merupakan spesies baharu yang pertama kali dijumpai dan kita dalam proses memberi nama,” katanya kepada pemberita pada Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Taman Negeri Perlis (Hutan Simpan Bukit Bintang) di sini malam tadi.

    Seminar dirasmikan oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Mohd Ridza Awang itu turut dihadiri Exco Alam Sekitar Perlis, Megat Hashirat Hassan dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni.

    Amirrudin yang juga Pengarah Institut Bioversiti Tropika dan Pembangunan Lestari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berkata ekspedisi berkenaan dijalankan pada 17 hingga 20 Oktober tahun lepas.

    “Di Malaysia cicak berkenaan pula hanya terdapat di Perlis dengan dipercayai berasal dari Thailand dan masuk ke negara ini menerusi Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand,” katanya dan menambah cicak itu lazimnya ditemukan di tanah pamah dan hutan separa daun luruh. – Bernama

    Cicak berkenaan hanya terdapat di Perlis, dipercayai berasal dari Thailand dan masuk ke Malaysia menerusi Banjaran Nakawan. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    Ribuan bantah keganasan terhadap wanita di Perancis

    Berita Berkaitan

    Jejak laluan WW2 sambil beramal

    Oleh Sim Y. H. - BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV...

    Saintis berjaya ekstrak mineral nadir bumi daripada tumbuhan

    ISTANBUL, 13 NOV - Ahli Sains dari China berkata mereka...

    Sarang labah-labah terbesar dunia ditemukan di sempadan Albania-Greece

    ATHENS, 9 NOV – Sekumpulan penyelidik menemui gua berhampiran...

    Sarawak perlu lebih ramai penyelidik pertanian – Stephen

    KUCHING, 6 NOV - Sarawak memerlukan lebih ramai penyelidik...

    Terkini

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...

    AS catat kematian kedua akibat virus selesema burung

    WASHINGTON, 23 NOV – Seorang penduduk negeri Washington meninggal...

    Ribuan bantah keganasan terhadap wanita di Perancis

    PARIS, 23 NOV - Ribuan penunjuk perasaan di seluruh...

    Tang Jie-Ee Wei rangkul juara Terbuka Australia

    KUALA LUMPUR, 23 NOV – Beregu campuran utama Malaysia,...