Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spesies cicak baharu ditemui di barat Kemboja

    PHNOM PENH, 17 JAN – Satu spesies cicak baharu, Hemiphyllodactylus khpoh, telah dikenal pasti sebagai spesies baharu oleh saintis selepas ditemui di sebuah bukit karstik di barat Kemboja, menurut jurucakap Kementerian Alam Sekitar.

    Khvay Atitya, yang juga Timbalan Setiausaha Negara Kementerian Alam Sekitar, berkata cicak itu ditemui menerusi kajian kolaboratif antara pasukan Fauna & Flora Kemboja, kakitangan kementerian, serta sekumpulan pakar herpetologi yang diketuai oleh Universiti La Sierra.

    “Spesies cicak gekkonid ini digambarkan dari Phnom Khpoh, sebuah bukit karstik terpencil dalam rangkaian kepulauan karstik yang luas di wilayah Battambang,” katanya.

    “Atas asas data morfologi dan molekul, serta pengasingannya daripada cicak lain dalam genus ini, spesies tersebut disahkan sebagai spesies baharu,” jelas Atitya.

    Hanya satu spesimen Hemiphyllodactylus khpoh ditemui semasa tinjauan tersebut, menjadikan sukar untuk menganggarkan populasi atau status pemuliharaannya ketika ini, tambahnya.

    Penemuan itu menyerlahkan kekayaan biodiversiti landskap karstik yang kurang diterokai, sekali gus menekankan keperluan kajian lanjut di rangkaian karstikyang luas dan belum diterokai di barat Kemboja. – Xinhua

    Gambar menunjukkan spesies cicak baharu ditemui di wilayah Battambang, barat Kemboja. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda