Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spesies dinosaur paling tua di dunia ditemui

    BUENOS AIRES, 16 OKT – Sekumpulan saintis Argentina telah menemui fosil tulang salah satu spesies dinosaur tertua di dunia di Pergunungan Andes, menurut pengumuman agensi penyelidikan CONICET kelmarin.

    Pasukan paleontologi yang diketuai oleh institut tersebut menemui rangka hampir lengkap reptilia kecil berleher panjang itu dinamakan Huayracursor Jaguensis, pada ketinggian 3,000 meter di barat laut Argentina.

    Menurut CONICET, pasukan berkenaan menemui sebahagian tengkorak dinosaur, tulang belakang lengkap hingga ke ekor, serta hampir keseluruhan anggota kaki hadapan dan belakang.

    Penemuan itu telah diterbitkan dalam jurnal Nature, dengan para penulis menyatakan ia berpotensi membantu kajian tentang evolusi.

    Agustin Martinelli, salah seorang penulis kajian, berkata bahawa Huayracursor dianggarkan hidup antara 230 hingga 225 juta tahun lalu, menjadikannya antara dinosaur tertua yang pernah direkodkan di dunia.

    Spesies ini hidup pada penghujung zaman Trias, tempoh ketika dinosaur pertama dan leluhur mamalia mula muncul, jelas para penyelidik.

    Walaupun spesies ini tergolong dalam susur galur dinosaur herbivor yang melahirkan gergasi berleher panjang, penyelidik menjelaskan bahawa Huayracursor Jaguensis dewasa hanya berukuran kira-kira dua meter panjang dan berat sekitar 18 kilogram. – AFP

    Fosil tulang Huayracursor Jaguensis di makmal paleontologi Crilar di Anillaco, wilayah La Rioja, Argentina, pada 10 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda