Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spesies pelanduk terkecil ditemui di Vietnam

    HANOI, 12 NOV – Buat pertama kali dalam tempoh hampir tiga dekad, ‘chevrotain’ sejenis haiwan daripada spesies pelanduk yang semakin pupus ditemui di hutan di Vietnam.

    Spesies ‘Tragulus Versicolor’ itu kali terakhir direkodkan pada 1990 apabila penyelidik Vietnam dan Rusia memperoleh spesimen yang dibunuh oleh pemburu, lapor agensi berita  Vietnam (VNA), menurut kajian dikeluarkan semalam.

    Baru-baru ini, berdasarkan maklumat penduduk tempatan, saintis telah memasang kamera selama lima bulan di kawasan hutan berhampiran pusat bandar Nha Trang dan berjaya merakam 275 gambar haiwan berkenaan.

    Kemudian sebanyak 29 lagi kamera dipasang di kawasan sama, merekodkan sebanyak 1,881 gambar chevrotain, selama lima bulan.

    Chevrotain adalah antara 25 spesies yang paling dikehendaki oleh agensi Pemuliharaan Hidupan Liar Global (GWC). Haiwan itu kebiasaannya mempunyai berat kurang daripada 5 kilogram dan ia mula ditemui pada 1910 di Nha Trang. – Bernama

    Gambar bertarikh 21 Jun 2018 menunjukkan spesies pelanduk ‘chevrotain’ dirakam oleh kamera di sebuah hutan di selatan Vietnam. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda