Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spesies tikus babi ‘kembali daripada kepupusan’

    MELBOURNE, 15 SEPT – Seekor haiwan mamalia noktural yang pernah berkeliaran di tanah besar Australia telah kembali semula daripada kepupusan selepas usaha pemuliharaan berdekad-dekad lamanya, kata pihak berkuasa hari ini.

    Tikus babi atau dikenali sebagai Eastern Barred Bandicoot menghuni dataran berumput barat daya Victoria sehingga ia dimusnahkan oleh musang, kucing liar dan pemusnahan habitat.

    “Kami teruja untuk mengumumkan perubahan dalam status pemuliharaan bagi Eastern Barred Bandicoot dari pupus di hutan kepada terancam – ia adalah suatu yang pertama menakjubkan buat Australia,” kata Menteri Persekitaran negeri Victoria, Lily D’Ambrosio.

    Sub-spesies yang berkait rapat juga boleh ditemui di selatan pulau Tasmania, di mana ia diklasifikasikan sebagai mudah terdedah bahaya.

    Pengumuman itu sesuatu kemenangan pemuliharaan luar biasa di Australia, yang pencinta alam sekitar katakan mempunyai kadar kepupusan mamalia paling teruk di dunia. – AFP

    Gambar bertarikh 15 September menunjukkan Eastern Barred Bandicoot. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda