Sunday, February 9, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spesis terbaru Orangutan ditemui di Sumatera

    JAKARTA, Indonesia, 3 Nov – Penduduk terpencil orangutan berambut kerinting halus di pulau Sumatera, Indonesia nampaknya menjadi spesis baru primat itu, menurut para ahli sains.

    Namun anggota terbaru dalam salasilah keluarga haiwan awal yang termasuklah manusia mungkin tidak hidup lebih lama.

    Bilangan mereka agak kecil dan habitat mereka begitu berpecah dan mereka dalam bahaya kepupusan, menurut ahli-ahli sains yang mengkaji mereka. Kajian yang telah disiarkan semalam dalam jurnal Current Biology mengatakan hanya terdapat kurang 800 ekor primat yang dinamakan oleh para ahli sains Pongo tapanuliensis, yang menjadikan ia spesis beruk besar paling terancam.

    Para penyelidikan mengatakan penduduk itu amat mudah terdedah kepada bahaya dan habitatnya berdepan tekanan seterusnya dari pembangunan.

    Orangutan Tapanuli bersama anaknya di Ekosistem Batang Toru di Tapanuli, Sumatera Utara, Indonesia. Para saintis mendakwa populasi orangutan yang terpencil dan kecil di pulau Sumatera Indonesia dengan rambut keriting dan kepala yang lebih kecil adalah spesies baru. – AP

    “Jika langkah-langkah tidak diambil segera untuk mengurangkan ancaman masa ini dan akan datang untuk memulihara setiap kawasan yang ada kita mungkin penemuan dan kepupusan spesis beruk besar dalam tempoh hayat kita,” menurut mereka lagi. Itu adalah spesis pertama beruk besar yang dihuraikan oleh para ahli sains dalam tempoh hampir 90 tahun. Sebelumnya sains telah mengenal pasti enam spesis beruk besar: orangutan Sumatra dan Borneo, gorila timur dan barat, cimpanzi dan bonobos. Sesetengah ahli sains juga mengelaskan manusia sebagai beruk besar, namun yang lain mempertikaikannya dengan meletakkan kategori berasingan.

    Penyelidikan berdasarkan analisis rangka seorang lelaki dewasa yang terbunuh dalam konflik dengan penduduk kampung, kajian genetik menunjukkan pecahan evolusi penduduk dari orangutan lain berlaku kira-kira 3.4 juta tahun lalu, dan analisis sejak 2006 ke atas perbezaan habitat dan tingkah laku. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda