Thursday, September 19, 2024
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spesis unik puma albino lahir di Nicaragua

    JUIGALPA, 25 OGOS – Spesimen unik puma albino dilahirkan sebulan lalu di sebuah zoo di Nicaragua, di mana ia masih dilindungi daripada tatapan para pengunjung, kata pegawai zoo.

    “Kami sedang mengambil semua langkah untuk memastikan ia sihat sebaik mungkin, bersama ibunya,” beritahu doktor haiwan, Carlos Molina dari Zoo Thomas Belt kepada AFP.

    “Ia sihat, badannya dalam keadaan sihat,” kata doktor haiwan dari zoo di Juigalpa di jabatan Chontales, kira-kira 140 kilometer dari ibu negara Managua.

    Bulu puma biasa semasa lahir berwarna perang muda atau kemerahan dengan bintik hitam.

    Mutasi genetik yang menyebabkan pigmentasi putih jarang berlaku dalam kalangan spesies, dan hampir tidak ada kes yang direkodkan di dunia.

    Seekor anak puma albino berumur empat minggu (Felis concolor), dilahirkan dalam kurungan dan dianggap spesies terancam, bermain bersama ibunya di Zoo Thomas Belt di Juigalpa, Costa Rica pada 23 Ogos. – AFP

    “Kami gembira untuk memilikinya kerana awda jarang melihatnya,” kata Molina.

    Puma merupakan kucing kedua terbesar di benua Amerika selepas jaguar, dan yang keempat di dunia selepas harimau dan singa.

    Penjaga zoo telah mengelak daripada bersentuhan dengan puma albino kecil itu, yang membesar bersama ibunya di dalam sebuah gua yang disediakan dalam kandang berpagar dan berharap dalam tempoh dua bulan anak itu cukup sihat untuk menerima rawatan veterinar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda