Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Spezia lakar kemenangan

    MILAN, 18 JAN – Emmanuel Gyasi dengan tenang berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96 melalui serangan balas sekali gus memberikan Spezia kejayaan pertama mereka di Serie A ke atas AC Milan 2-1, semalam.

    AC Milan mensia-siakan kedudukan mendahului 1-0 dan terlepas peluang untuk memintas seteru mereka, Inter di puncak Serie A, sementara Napoli, yang menduduki tangga ketiga, merapatkan jurang setelah mencatat kemenangan 2-0 ke atas Bologna.

    Dalam perlawanan berasingan yang lain, Fiorentina berjaya membelasah Genoa dengan jaringan 6-0 untuk melonjak ke tangga kename dalam saingan liga.

    Milan menguasai sebahagian besar perlawanan mereka tetapi gagal memanfaatkan peluang.

    Pada minit ke-44, gerakan Rafael Leao melepasi pertahanan Spezia tetapi percubaanya ditepis oleh penjaga gol, Ivan Provedel menendang bola yang menuju ke arahnya.

    Reaksi Emmanuel Gyasi (kanan) meraikan jaringan golnya ketika menentang Milan semasa perlawanan Serie A antara AC Milan dan Spezia, di stadium San Siro, Milan, Itali, 17 Januari. – AP

    Theo Hernandez membuat sepakan penalti tetapi tersasar.

    Satu minit kemudian, Leao berjaya melepasi semula tetapi kali ini dapat mencapai bola terlebih dahulu dan Provedel berjaya memberikan pendahuluan untuk Milan.

    Spezia kembali menyerang apabila Kevin Agudelo, menemui kelemahan dalam pertahanan tuan rumah, Daniele Verde melakukan hantaran lintang selepas 64 minit.

    Ketika perlawanan memasuki ltambahan masa lima minit, Junior Messias menjaringkan gol untuk Milan, tetapi pengadil telah meniup wisel kerana kekasaran yang memberikan satu peluang untuk pasukan tuan rumah. Jurulatih Milan, Stefano Pioli menyalahkan keputusan itu atas apa yang akan terjadi selanjutnya.

    “Kami kehilangan kejelasan selepas mengalami ketidakadilan, ia memalukan,” kata Pioli kepada penyiar Itali, DAZN. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...