Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Spider-Man 3 filem terakhir Tom Holland?

    Selepas tajuk bagi sekual Spider-Man seterusnya diumumkan sebagai ‘No Way Home’, peminat dikejutkan dengan berita mengenai Tom Holland yang mengesahkan bahawa filem ini merupakan pembabitannya yang terakhir sebagai adiwira itu.

    Menurut Holland, kontraknya akan tamat selepas filem ini bagaimanapun itu tidak bermakna dia akan ‘menggantungkan’ sut tersebut buat selama-lamanya.

    Ini kerana dedah Holland, hidupnya berubah sejak ‘menjadi’ Spider-Man dan bersedia untuk kembali pada bila-bila masa.

    Spider-Man 3 merupakan filem terakhir saya (di bawah kontrak) jadi saya sering berkata kepada mereka jika mereka mahukan saya semula, saya akan berada di sana dengan hati yang terbuka.

    “Saya suka dengan setiap minit berada dalam dunia yang menakjubkan ini. Ia telah mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik, saya cukup bertuah berada di sini,” ujarnya.

    “Jika mereka mahukan saya semula, saya akan berada di sana. Jika tidak, saya akan berjalan mengikut sinar matahari dan terus menjalani kehidupan untuk menjadi individu yang lebih baik kerana ia merupakan perjalanan yang cukup menakjubkan” kata Holland dalam sebuah kenyataan. – Agensi

    Tom Holland mengesahkan bahawa filem Spider-Man 3 merupakan pembabitannya yang terakhir sebagai adiwira. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda